Tunku telah
banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah
mengharumkan nama negara di persada dunia.Beliau banyak melibatkan diri dalam
penganjuran pertandingan membaca al-Quran.Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya ,
beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan
dihormati oleh semua umat Islam.
Tunku Abdul
Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau telah membenarkan
PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah
anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku
Abdul Rahman Putra.Sebagai pemimpin PERKIM , beliau berusaha memberi bantuan
kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun
1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau telah berjaya menempatkan
seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada
"Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama,
suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau
mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau
kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus
di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah
Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
No comments:
Post a Comment