Proses
pembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA
Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu
pada ketika itu menimbulkan pelbagai reaksi dan positif .Dalam negeri-negeri
anggota terdapat keputusan atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala
mengelirukan.
1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui
cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi dengan ketelusan dan
keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan
sehingga menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2
pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun begitu Lee Kwan Yu masih tetap
dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.
2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya
juga tentangan antara beberapa pihak samada pro ataupun kontra terhadap usul
penubuhan tersebut.
3. Sabah dan Sarawak
Penyertaan Sabah dan Sarawak memberi erti kemerdekaan dua
negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga percaya sentimen komunis
semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu
pemerintahan yang baru.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada ‘Malayan
domination’. Orang-orang bukan Melayu khususnya, takut didiskriminasikan atau
tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa politik
dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.
4. Persekutuan Tanah Melayu
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun
terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin sering menimbangkan untung
ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga
pemimpin-pemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO
[gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]
5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia
ini, sungguhpun secara dasarnya Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang
mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai kepentingan ataupun
keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.
Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang
melambatkan proses penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi
meninjau pendapat rakyat dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.
:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::
Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak
[1961], tujuannya ialah supaya Tunku dapat meyakinkan kepada rakyat Sabah dan
Serawak terhadap gagasan penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya mengurangkan
kekeliruan yang timbul sebelum ini.
Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke
Brunei atas tujuan yang sama. Ekoran daripada itu, Sultan Brunei menubuhkan
satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.
Pada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia
dan Singapura. Antara persetujuan yang dicapai ialah Singapura mendapat kuasa
autonomi dalam hal-hal pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan
bertanggungjawab atas soal pertahanan , hubungan luar dan keselamatan dalam
negeri.
Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari
Malaysia melakukan satu lagi rundingan di London. Antara perkara yang tidak
disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan Malaysia dalam 2 peringkat yang
mengambil masa tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini, rombongan Tunku mengalami
cabaran besar untuk meyakinkan pihak Britain tentang usul mereka. Pada 1 Ogos
1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan secara rasmi pada 1
Ogos 1962
Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia
dipimpin oleh Lord Cobbold dengan empat anggota lain [ 2 British dan 2 rakyat
Malaysia] meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk
dua buah negeri itu bersetuju. Seterusnya mereka memperakukan supaya
Persekutuan Malaysia ditubuhkan.
Malaysia tanpa Brunei
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia
anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan
rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei
kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.
Malaysia dan tentangan luar
Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan
dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba menghalang pembentukkannya dan
terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.
Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya
daripada milik negerinya. Jadi pembentukkan Malaysia yang memasukkan Sabah ke
dalam Persekutuan baru itu akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas
Sabah. Sungguhpun majoriti rakyat Sabah menyokong penubuhan Malaysia, Filipina
terus membantah lalu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya.
Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar
Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ . Penubuhan
Malaysia didakwa akan menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan Indonesia
Raya. Dasar ini telah memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di
sekitar sempadan Sabah dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat
di pantai barat Johor untuk mengintip.
Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam
usahanya merampas kuasa di Indonesia, dan Sukarno berjaya digulingkan.
Seterusnya Sukarno digantikan dengan Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya
dicapai dan ditandatangani pada bulan Ogos, 1966.
:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::
Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat
Singapura untuk kekal dalam Malaysia tidak kekal.2 tahun selepas pembentukkan
Malaysia mengalami polarisasi kaum yang berbahaya, antara pelampau-pelampau
Cina Singapura dan pelampau-pelampau Melayu, yang mengancam toleransi hubungan
Melayu-Cina secara menyeluruh.
Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam
suasana pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964. Keretakan ini timbul
apabila Singapura mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian
dilakukan berkali-kali. Akhirnya pada 7 Ogos 1965 Tunku dan Lee Kwan Yu
menandatangani perjanjian perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang
undang-undang perpisahan. Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan
menubuhkan republik.
:: KONKLUSI ::
Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya
tidak mempunyai tahap-tahap yang lama seperti ditempuh dalam mencapai
kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua
atau tiga tahun sebelum penubuhan yang menimbulkan reaksi penentangan, konflik
antara negeri dan kesemuanya ini adalah perkara-perkara mustahak untuk
difahami.
Untuk memahaminya dengan lebih mudah , sila tonton video di bawah :)
Video yang diperoleh dari laman Youtube ini mengisahkan secara ringkas mengenai Proses Pembentukan Malaysia. Kita akan lebih mengargai sesuatu institusi negara jika kita memahami pahit getir untuk mencapai sesuatu kemerdekaan yang kita peroleh kini. Peristiwa – peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Peristiwa ini juga lah yang menyebabkan rakyat Malaysia diberikan cuti umum dengan bersempena sambutan Hari Malaysia. Sambutan ini penting untuk memupuk semangat patriotisme terutamanya di kalangan golongan muda yang kian pudar semangatnya.
No comments:
Post a Comment