Pada tahun 1955 , Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
video di atas berlaku di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957. Pada tarikh keramat ini ramai yang hadir seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut bagi menyaksikan laungan kemerdekaan dan upacara penurunan bendera Union Jack. Ada yang sehingga mengalirkan air mata akibat terlalu berbangga dengan peristiwa tersebut terutamanya ketika Tunku melaungkan laungan keramat 'MERDEKA' 'MERDEKA' 'MERDEKA' . Kesan yang mendalam dapat dirasai sehingga kini. Akibat peristiwa 31 Ogos 1957 itu , setiap tahun sehingga sekarang sudah mencecah tahun yng ke-58 , semua rakyat Malaysia masih datang ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan laungan , perarakan , persembahan dan sebagainya. Bukan sahaja orang Melayu yang turut meraikan , Malahan semua kaum yang berada di Malaysia turut hadir turun padang. Hal ini perlu diteruskan lagi sampai bila-bila kerana dengan menghadiri perarakan Kemerdekaan , bukan sahaja semangat patriotisme dapat dipupuk , semangat bersatu-padu juga dilihat begitu ketara ketika itu.
No comments:
Post a Comment