Monday, September 7, 2015

2.4 - KEPERIBADIAN TUNKU ABDUL RAHMAN (TAR)

Kalau ingin berbicara mengenai keperibadian , Tunku mempunyai banyak perwatakan menarik yang mungkin diketahui ataupun mungkin juga tidak . Namun , yang pasti ialah Tunku telah banyak berkorban untuk negara.Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah.Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa.Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.

Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah.Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib peandu-pemandu teksi di Sungai Petani.Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo , Afrika yang dilanda perang saudara 1961.Beliau berusaha menyatu padu rakyat berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara.Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan “

Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh Komunis.Kegigihan , keberanian , dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita dari belenggu penjajah.Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.

No comments:

Post a Comment