Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat.Karya beliau
mampu menarik perhatian orang ramai.Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika
berumur 85 tahun , beliau masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang
penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The
Star.Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975 , Tunku telah
menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back.Pada tahun 1969 ,
Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13 , Before and
After.Selepas itu , beliau meneruskan penulisannya dalam khbar The Star melalui
ruangan baru iaitu As I See It.Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam
akhbar adalah berkaitan masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku
pada zaman beliau.Beliau turut menghasikan Viewpoints (1970) , Looking Back
(1977) , As Matter of Interest (1981) , Something toRemember (1983) , Less We
Forget and Contemporary Issues in Malaysian Politics (1984) , Challenging Times
(1986) , dan Political Awakening (1986) .Semua hasil tersebut adalah berkaitan
isu-isu semasa.
No comments:
Post a Comment