Saturday, September 5, 2015

3.1 : PERMULAAN POLITIK

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Setar. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Seksyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957.Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.Sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau pernah memegang beberapa jawatan lain.Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda , Padang Terap , Kuala Nerang , Sungai Petani , dan Kulim , Kedah.1940 , Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan dan Kehakiman Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment