Wednesday, August 26, 2015

5.0 : PEMERGIAN SEORANG PEJUANG

Orang selalu berkata bahawa 'patah tumbuh hilang berganti' namun , tiada yang dapat mengganti seorang wira yang banyak berjuang untuk kita semua hingga mencapai kemerdekan yang kita kecapi sekarang .
Namun pada tarikh , 6 Disember 1990 , Tunku menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat Pengebumiaan Negara” kepada beliau.Pada 7 Disember 1990 , jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi , Bangunan Parlimen Kuala Lumpur.Selepas itu , jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar<Sungai Besi.Setibanya di sana , jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar,Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat pengebumian.Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.

Sepintas lalu saya tertarik dengan satu sajak yang cukup bermakna bagi saya. Mari kita hayati sajak tersebut.

Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.

Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.

Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.

Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.

Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.

Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.

Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.

Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.

Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.

Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.

Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.

Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.

Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.


Karya: Ummu Sal
31 Ogos 2011




AL-FATIHAH.
SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT.
AMIN.

No comments:

Post a Comment