Friday, August 21, 2015

8.0 : KESIMPULAN DAN PENGHARGAAN

Umum mengetahui, Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan “role model “ atau idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.

 Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku.

Namun semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan pejuang-pejuang Negara terdahulu. Berapa ramai di antara kita yang sanggup berkorban seperti mereka? Berapa ramai di antara kita yang sayangkan Negara? Berapa ramai di antara kita yang ingin menyumbang dan berbakti kepada Negara? Marilah kita menjadi salah seorang daripada golongan itu. Tidak perlu menjadi ahli politik ataupun menteri untuk menyumbang jasa kepada Negara, banyak lagi alternatif yang boleh dipilih oleh kita.

 Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.
Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan laman blog ini.
Semoga perisian yang disampaikan oleh kami bergun untuk semua. Kita juga perlu sentiasa ingat jika kita tidak menjaga Negara kita , ‘Sejarah mungkin berulang’ dan juga ‘tanpa sejarah , siapalah kita’


Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat cintakan Negara dalam diri kita untuk kesejahteraan bersama.

Setinggi-tinggi kesyukuran juga saya tujukan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, kerja kursus ini telah berjaya diusahakan dengan sedaya upaya kami. Dalam mempelajari ilmu sejarah dalam subjek Pengajian Malaysia ini, kami juga telah mempelajari cara untuk membuat blog. Selain menjimatkan masa untuk menulis dan menyiapkan kerja kursus ini, cara ini juga boleh menjimatkan kos untuk mencetak,memberi kertas,dakwat pencetak dan sebagainya.Ternyata teknologi yang ada sekarang boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara.

Dalam kerja kursus (e-folio) yang diberi oleh pensyarah kami iaitu Puan Marhayu bt Abdul Jamai, kami telah memilih untuk membuat entri di blog mengenai tokoh sejarawan kita iaitu Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan beliau dan memorial pengisytiharan kemerdekaan negara  .Semoga dengan kisah tokoh ini dapat mengajar kita untuk lebih menghargai pejuang kemerdekaan dahulu dan mempunyai lebih semangat patriotisme dalam diri setiap pembaca khususnya pelajar sendiri .


Terima kasih kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dijalankan . Ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kami kerana sedikit sebanyak membantu kami dari sokongan kewangan dan sebagainya lagi . Tidak lupa juga kepada laman sesawang atau media massa yang menjadi rujukan selama ini . Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyiapan e-folio ini.

Kesimpulannya,tajuk ini bukan sahaja dapat dijadikan iktibar kepada kita semua tetapi dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri kita semua.



No comments:

Post a Comment