Wednesday, September 16, 2015

1.1 - PENGENALAN, OBJEKTIF DAN ISI KANDUNGAN

Pengajian Malaysia (group 1)- AIDIL AQMAR, ASHRAF TAUFIQ, ABDUL NABEEL, AZLINNOR HAIDA, SYAHIRAH ZULAIKHA
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, kerja kursus ini telah diusahakan dengan sedaya upaya kami. Dalam mempelajari ilmu sejarah dalam subjek Pengajian Malaysia ini, kami juga telah mempelajari cara untuk membuat blog. Selain menjimatkan masa untuk menulis dan menyiapkan kerja kursus ini, cara ini juga boleh menjimatkan kos untuk mencetak,memberi kertas,dakwat pencetak dan sebagainya.Ternyata teknologi yang ada sekarang boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara.
Dalam kerja kursus (e-folio) yang diberi oleh pensyarah kami iaitu Puan Marhayu bt Abdul Jamai, kami telah memilih untuk membuat entri di blog mengenai tokoh sejarawan kita iaitu Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan beliau dan memorial pengisytiharan kemerdekaan negara .Semoga dengan kisah tokoh ini dapat mengajar kita untuk lebih menghargai pejuang kemerdekaan dahulu dan mempunyai lebih semangat patriotisme dalam diri setiap pembaca khususnya pelajar sendiri .
Kesimpulannya,tajuk ini bukan sahaja dapat dijadikan iktibar kepada kita semua tetapi dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri kita semua.

OBJEKTIF :

1.       Untuk memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai tokoh negarawan Negara iaitu Tunku Abdul Rahman.
2.       Untuk mengkaji proses Pembentukan Malaysia daripada permulaan perjuangan Tunku Abdul Rahman
3.       Untuk meluaskan pengetahuan pembaca mengenai sejarah Negara.
4.       Untuk memberikan kesan yang amat mendalam kepada pembangunan di negara ini dari setiap sudut ekonomi, politik dan sosial.

5.       Untuk memupuk nilai patriotisme dalam diri setiap pembaca selepas pemergian Tunku Abdul Rahman.


ISI KANDUNGAN :



BAB
TAJUK
1
PENGENALAN
1.1   – Objektif dan Pengenalan
1.2   – Pengenalan Diri Setiap Ahli Kumpulan
2
BIOGRAFI RINGKAS TOKOH
2.1 – Biodata ringkas
2.2 – Pendidikan awal
2.3 – Salasilah keluarga
2.4 – Keperibadian Tunku Abdul Rahman
2.5 – Penglibatan dalam Sukan
3
KERJAYA
3.1– Permulaan Politik
3.2– Rombongan London               
3.3– Proses pembentukan Malaysia
4
SUMBANGAN DAN JASA YANG DICURAHKAN
4.1 - Sumbangan dalam bidang penulisan
4.2 - Sumbangan dalam bidang kesenian
4.3 - Sumbangan peringkat Antarabangsa
4.4 - Sumbangan dalam perkembangan Islam
5
PERGINYA SEORANG PEJUANG
5.0- Saat saat pemergian Tunku Abdul Rahman
6
ANUGERAH YANG DIPEROLEH
6.0 – Anugerah yang pernah diraih
7
PENGHARGAAN


Semoga objektif kami tercapai dalam penulisan blog ini.

Tuesday, September 15, 2015

hai.. assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca! untuk pengetahuan semua laman blog ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan tugasan e-folio bagi subjek Pengajian Malaysia. namun bagaimanapun tujuan asal kami adalah tidak lari daripada tujuan asal untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kita semua. semoga entri yang bakal dimasukkan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua.

1.2 - PENGENALAN AHLI SETIAP KUMPULAN

Nama diberi Azlinnor Haida binti Alihzam. Berumur 18 tahun . Berasal di Kuala Lumpur . Menetap di Puchong, Selangor . Belajar di Politeknik Merlimau Melaka . Mengambil jurusan Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) . Saya sangat berbesar hati untuk melakukan tugasan yang diberikan ini. Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah subjek Pengajian Malaysia kami iaitu Puan Marhayu kerana memberi peluang kepada saya dan ahli kumpulan lain untuk melakukan tugasan e-folio ini . Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan . Kita teruskan lagi dengan pengenalan ahli kumpulan saya yang lain . Semoga terhibur :)

Monday, September 14, 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. ini serba sedikit pengenalan diri saya . saya menuntut di institusi yang sama dengan ahli kumpulan saya yang lain. nama saya nur syahirah zulaikha , umur saya 18 tahun dan aya berasal dari muar, johor. saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memberikan komitmen yang baik dalam blog ini. sekian sahaja dari kami semua . kita jumpa lagi di entri pada keesokan harinya :)
Nama saya Muhammad Ashraf Taufiq Bin Ahmad Mawardi Saya berasal dari Shah Alam Selangor Saya ditempatkan di kelas DEP1A Saya berharap saya dapat menjalankan tugasan saya dan kumpulan saya dengan amanah dedikasi serta saya juga mengharapkan kumpulan menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dalam mata pelajaran Pengajian Malaysia. Sekian Terima Kasih Assalamualaikum :)
hai nama saya Abdul Nabeel dari kelas DEP1(a) dari Politeknik Merlimau Melaka , berasal daripada Muar, Johor. Saya sangat berpuas hati dengan tugasan yang diberikan dan akan cuba yang terbaik . Terima Kasih diucapkan .

Wednesday, September 9, 2015

2.1 & 2.2 - BIODATA RINGKAS DAN PENDIDIKAN AWAL

Seperti sedia maklum, kami memilih tajuk mengenai tokoh kesayangan kita iaitu Tunku Abdul Rahman (memorial pengistiharan merdeks). Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh, mari kita mengenali lebih mendalam mengenai latar belakang tokoh ini.

2.1 - BIODATA RINGKAS

Nama Lengkap : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Agama : Islam
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tanggal Lahir : Jumat, 6 Februari 1903
Zodiac : Aquarius
Warga Negara : Malaysia

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

2.2 - PENDIDIKAN AWAL


Pendidikan formal Tuanku dimulai ketika Tuanku berusia sekitar enam tahun di sekolah hanya SD Melayu di Alor Setar. Setelah itu, Tuanku ikut saudara laki-lakinya pergi ke Bangkok untuk melanjutkan sekolahnya. Di Bangkok, Tuanku diterima di Sekolah Debsirin. Pada tahun 1915, setelah saudara laki-lakinya meninggal akibat terkena pneunomia, Tuanku memutuskan untuk kembali ke Malaysia. Sekembalinya ke istana, Tuanku kemudian dimasukkan oleh ibunya ke Penang Free School. Di sekolah ini, Tuanku berhasil memperoleh beasiswa untuk melanjutkan studinya di Cambridge University. Pada tahun 1924, Tuanku berhasil menyelesaikan ujiannya dengan baik dan lulus dengan gelar BA. Atas saran saudara laki-lakinya, Tuanku yang sempat berniat pulang ke Malaysia mengurungkan niatnya dan kembali ke London untuk melanjutkan studinya di London pada tahun 1926.

Setelah menyelesaikan seluruh rangkaian pembelajarannya, Tuanku akhirnya kembali ke Malaysia dimana dia kemudian diterima menjadi pegawai negeri Kedah. Pada tahun 1947, Tuanku kembali ke Inggris untuk melakukan pelatihan hukum. Pada tahun 1949, dia pulang ke negerinya dan diangkat menjadi deputi jaksa penuntut umum di Departemen Hukum Federal Malaysia. Tuanku mengundurkan diri dari jabatan di Department Hukum pada tahun 1951 karena Tuanku memutuskan untuk memasuki dunia politik.


Secara ringkasnya Tuanku mendapat Pendidikan di :
Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1911)
Penang Free School, Penang (1916)
Cambridge University (1924)
Inner Temple, London (1926)


itulah dia serba sedikit tentang tokoh kesayangan kita iaitu Tunku Abdul Rahman . saya akhiri entri hari ini dengan serangkap pantun ringkas , yang berbunyi...


cantik sungguh labu sayong ,
terletak pula di tepi peti ,
serba sedikit tentang tokoh tersayang,
jumpa lagi di lain entri :)


Tuesday, September 8, 2015

2.3 - Salasilah Keluarga Tunku Abdul Rahman

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

seterusnya mengenai keluarga pula,
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Gambar di atas merupakan salah satu gambar keluarga Tunku Abdul Rahman


sekian sahaja entri pada hari ini buat pembaca semua.
teruskan mengikuti perkembangan kami pada masa yang akan datang :)
sekian . jumpa lagi !

Monday, September 7, 2015

2.4 - KEPERIBADIAN TUNKU ABDUL RAHMAN (TAR)

Kalau ingin berbicara mengenai keperibadian , Tunku mempunyai banyak perwatakan menarik yang mungkin diketahui ataupun mungkin juga tidak . Namun , yang pasti ialah Tunku telah banyak berkorban untuk negara.Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah.Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa.Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.

Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah.Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib peandu-pemandu teksi di Sungai Petani.Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo , Afrika yang dilanda perang saudara 1961.Beliau berusaha menyatu padu rakyat berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara.Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan “

Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh Komunis.Kegigihan , keberanian , dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita dari belenggu penjajah.Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.

2.5 - PENGLIBATAN DALAM SUKAN

Tunku Abdul Rahman seorang yang aktif dalam sukan . Beliau mempunyai banyak hobi untuk mengisi masa lapang beliau. Antaranya, menunggang kuda , memancing ikan , dan yang paling menarik iaitu memasak . Daripada kecil beliau meminati bidang sukan terutamanya menunggang kuda dan bermain golf . Bola sepak juga tidak dilupakan tuanku. Dan yang paling menarik beliau pernah dilantik sebagai Presiden Bola Sepak Melayu , Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Februari 1954 .
Segiat manapun beliau dalam bidang politik namun bidang sukan juga tidak pernah ditinggalkan sama sekali .
Kita patut mencontohi sikap beliau yang sentiasa menitik beratkan aktiviti riadah walaupun sibuk .

Sunday, September 6, 2015

3.0 : KERJAYA TUNKU ABDUL RAHMAN

Tiada kejayaan yang datang bergolek . Semuanya harus diiringi dengan usaha yang gigih . Begitulah jua Tunku Abdul Rahman yang berusaha dari bawah sebelum berjaya sehingga menjadi pucuk pimpinan Malaysia suatu ketika dahulu. Segala usaha beliau tidak seharusnya kita sia-siakan sama sekali . Oleh itu mari kita lihat serba sedikit perjalanan kerjaya beliau . Di samping itu , kita boleh memupuk semangat cintakan negara hasil perjuangan dan keringat yang jatuh dari pejuang terdahulu .

Saturday, September 5, 2015

3.1 : PERMULAAN POLITIK

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Setar. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Seksyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957.Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.Sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau pernah memegang beberapa jawatan lain.Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda , Padang Terap , Kuala Nerang , Sungai Petani , dan Kulim , Kedah.1940 , Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan dan Kehakiman Kuala Lumpur.

Friday, September 4, 2015

3.2 : ROMBONGAN LONDON

Pada tahun 1955 , Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.


Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.


video di atas berlaku di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957. Pada tarikh keramat ini ramai yang hadir seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut bagi menyaksikan laungan kemerdekaan dan upacara penurunan bendera Union Jack. Ada yang sehingga mengalirkan air mata akibat terlalu berbangga dengan peristiwa tersebut terutamanya ketika Tunku melaungkan laungan keramat 'MERDEKA' 'MERDEKA' 'MERDEKA' . Kesan yang mendalam dapat dirasai sehingga kini. Akibat peristiwa 31 Ogos 1957 itu , setiap tahun sehingga sekarang sudah mencecah tahun yng ke-58 , semua rakyat Malaysia masih datang ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan laungan , perarakan , persembahan dan sebagainya. Bukan sahaja orang Melayu yang turut meraikan , Malahan semua kaum yang berada di Malaysia turut hadir turun padang. Hal ini perlu diteruskan lagi sampai bila-bila kerana dengan menghadiri perarakan Kemerdekaan , bukan sahaja semangat patriotisme dapat dipupuk , semangat bersatu-padu juga dilihat begitu ketara ketika itu.


3.3 : PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses pembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA 

Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu menimbulkan pelbagai reaksi dan positif .Dalam negeri-negeri anggota terdapat keputusan atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala mengelirukan.

1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan sehingga menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun begitu Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.

2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara beberapa pihak samada pro ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.

3. Sabah dan Sarawak
Penyertaan Sabah dan Sarawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu pemerintahan yang baru.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada ‘Malayan domination’. Orang-orang bukan Melayu khususnya, takut didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa politik dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.

4. Persekutuan Tanah Melayu
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin sering menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga pemimpin-pemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]

5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai kepentingan ataupun keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.

Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.

:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::

Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak [1961], tujuannya ialah supaya Tunku dapat meyakinkan kepada rakyat Sabah dan Serawak terhadap gagasan penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke Brunei atas tujuan yang sama. Ekoran daripada itu, Sultan Brunei menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.

Pada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia dan Singapura. Antara persetujuan yang dicapai ialah Singapura mendapat kuasa autonomi dalam hal-hal pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan bertanggungjawab atas soal pertahanan , hubungan luar dan keselamatan dalam negeri.

Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari Malaysia melakukan satu lagi rundingan di London. Antara perkara yang tidak disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan Malaysia dalam 2 peringkat yang mengambil masa tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini, rombongan Tunku mengalami cabaran besar untuk meyakinkan pihak Britain tentang usul mereka. Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan secara rasmi pada 1 Ogos 1962

Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia dipimpin oleh Lord Cobbold dengan empat anggota lain [ 2 British dan 2 rakyat Malaysia] meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk dua buah negeri itu bersetuju. Seterusnya mereka memperakukan supaya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Malaysia tanpa Brunei
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.

Malaysia dan tentangan luar
Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.

Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya daripada milik negerinya. Jadi pembentukkan Malaysia yang memasukkan Sabah ke dalam Persekutuan baru itu akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sungguhpun majoriti rakyat Sabah menyokong penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah lalu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya.

Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ . Penubuhan Malaysia didakwa akan menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya. Dasar ini telah memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di sekitar sempadan Sabah dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat di pantai barat Johor untuk mengintip.

Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia, dan Sukarno berjaya digulingkan. Seterusnya Sukarno digantikan dengan Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya dicapai dan ditandatangani pada bulan Ogos, 1966.

:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::

Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat Singapura untuk kekal dalam Malaysia tidak kekal.2 tahun selepas pembentukkan Malaysia mengalami polarisasi kaum yang berbahaya, antara pelampau-pelampau Cina Singapura dan pelampau-pelampau Melayu, yang mengancam toleransi hubungan Melayu-Cina secara menyeluruh.

Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964. Keretakan ini timbul apabila Singapura mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian dilakukan berkali-kali. Akhirnya pada 7 Ogos 1965 Tunku dan Lee Kwan Yu menandatangani perjanjian perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan. Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan menubuhkan republik.

:: KONKLUSI ::

Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai tahap-tahap yang lama seperti ditempuh dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua atau tiga tahun sebelum penubuhan yang menimbulkan reaksi penentangan, konflik antara negeri dan kesemuanya ini adalah perkara-perkara mustahak untuk difahami.
Untuk memahaminya dengan lebih mudah , sila tonton video di bawah :)


Video yang diperoleh dari laman Youtube ini mengisahkan secara ringkas mengenai Proses Pembentukan Malaysia. Kita akan lebih mengargai sesuatu institusi negara jika kita memahami pahit getir untuk mencapai sesuatu kemerdekaan yang kita peroleh kini. Peristiwa – peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Peristiwa ini juga lah yang menyebabkan rakyat Malaysia diberikan cuti umum dengan bersempena sambutan Hari Malaysia. Sambutan ini penting untuk memupuk semangat patriotisme terutamanya di kalangan golongan muda yang kian pudar semangatnya.

Thursday, September 3, 2015

4.0 : SUMBANGAN DAN JASA YANG DICURAHKAN

Jika ingin dihitung , tak terkira sumbangan beliau , namun terdapat beberapa sumbangan beliau yang mendapat perhatian dan penghargaan tinggi . Segala keringat beliau tidak harus kita sia-siakan sewenangnya. Generasi kini perlu menjaga dan pelihara segala warisan yang ada agar negara kita tidak mudah dijajah lagi dari apa segi sekalipun . Bukan sahaja dari segi pertahanan tetapi dari segi mentaliti juga .

Kita masih lagi dalam bulan kemerdekaan bukan? Namun , apakah erti kemerdekaan itu sendiri? Ramai yang mula tidak mengerti atau salah erti . ianya bukan sekadar berkumpul di Dataran Merdeka atau mengibarkan Jalur Gemilang . Ianya lebih dari itu . Mari kita tonton video di bawah untuk menjelaskan serba sedikit mengenai erti kemerdekaan yang sebenar .



Erti kemerdekaan berbeza-beza bagi setiap orang . Oleh itu apakah erti kemerdekaan kepada diri anda sendiri? 'tepuk dada , tanya selera'
Namun apa sahaja maksud kemerdekaan kepada diri anda jangan sampai menjejaskan imej negara kita sendiri.  Kita perlu menjaga nama baik Negara kita seperti menjaga nama baik sendiri. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika nilai patriotisme dalam diri kita tinggi , pasti perkara ini mudah dilaksanakan. 

4.1 : SUMBANGAN DALAM BIDANG PENULISAN

Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat.Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai.Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun , beliau masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975 , Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back.Pada tahun 1969 , Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13 , Before and After.Selepas itu , beliau meneruskan penulisannya dalam khbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It.Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkaitan masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.Beliau turut menghasikan Viewpoints (1970) , Looking Back (1977) , As Matter of Interest (1981) , Something toRemember (1983) , Less We Forget and Contemporary Issues in Malaysian Politics (1984) , Challenging Times (1986) , dan Political Awakening (1986) .Semua hasil tersebut adalah berkaitan isu-isu semasa.

4.2 : SUMBANGAN DALAM BIDANG KESENIAN

          Tungku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara.Sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan.Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969 , beliau telah mengadakan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.


          Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “ Mahsuri ” , “ Raja Bersiung ” dan “ Sumphan Mahsuri “.Filem “ Raja Bersiung “ merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie.



4.3 : SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA

          Pada 31 Julai 1961 , Tunku telah mengasaskan ASA ( Assosiation of South East Asian States ) yang terdiri daripada Tanah Melayu , filipina , dan Negara Thailand.


          Pada 11 Julai 1962 , MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia , Filipina , dan Malaysia dibentuk.Akan tetapi , persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisyhtiharkan.Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut , Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965.Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah. 

Wednesday, September 2, 2015

4.4 : SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM

          Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia.Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran pertandingan membaca al-Quran.Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya , beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.


          Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.Sebagai pemimpin PERKIM , beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting.

     
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.