Wednesday, August 26, 2015

5.0 : PEMERGIAN SEORANG PEJUANG

Orang selalu berkata bahawa 'patah tumbuh hilang berganti' namun , tiada yang dapat mengganti seorang wira yang banyak berjuang untuk kita semua hingga mencapai kemerdekan yang kita kecapi sekarang .
Namun pada tarikh , 6 Disember 1990 , Tunku menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat Pengebumiaan Negara” kepada beliau.Pada 7 Disember 1990 , jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi , Bangunan Parlimen Kuala Lumpur.Selepas itu , jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar<Sungai Besi.Setibanya di sana , jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar,Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat pengebumian.Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.

Sepintas lalu saya tertarik dengan satu sajak yang cukup bermakna bagi saya. Mari kita hayati sajak tersebut.

Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.

Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.

Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.

Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.

Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.

Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.

Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.

Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.

Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.

Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.

Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.

Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.

Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.


Karya: Ummu Sal
31 Ogos 2011




AL-FATIHAH.
SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT.
AMIN.

Tuesday, August 25, 2015

6.0 : ANUGERAH YANG PERNAH DIRAIH OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN

Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya , Universiti Sdyney , Universiti Araneta dan Universiti India.Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford , England pada tahun 1970 , Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Cambridge (1970) , Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla , Thailand(1977).Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istinqqlal , Maghribi pada tahun 1957 , Darjah utama Negeri Kedah pada tahun 1958 , Order of  Kim Khanh , Vietnam (1958) , Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of The Order of The Same Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959) , Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (kelas pertama) , Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960) , Knignt Grang Cross of  the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962) , Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.

Sebagai seorang insan yang ingin berjaya , kita harus mencontohi usaha Tunku Abdul Rahman sehingga berjaya meraih pelbagai anugerah sehingga akhir hayatnya . Dengan usaha yang tinggi , kita pasti dapat ganjaran yang setimpal . Jangan pernah berhenti berusaha.


Monday, August 24, 2015

7.0 : NILAI-NILAI PATRIOTISME

Setiap kali menjelang Ogos dan September, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa yang bersatu padu.



Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 mestilah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat didaulatkan.

Patriotisme seharusnya menjadi subjek dan tema penting yang mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaan hampir 58 tahun yang lalu.

Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru, anarkisme, keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa dan sebagainya.

Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat daripada negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara yang kita cintai.

Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun lalu. Untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan negara.

Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan sesebuah negara.



Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat.

Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.

Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.

Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian dalam sukan Olimpik dengan satu pingat perak dan gangsa di London baru-baru adalah suatu permulaan ke arah itu.

Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-58 dan Hari Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Ini mencerminkan jiwa patriotik dan perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada golongan tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat cintakan negara. Tema pada tahun ini "Janji Ditepati" tak perlulah dipertikaikan lagi.




Pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara.





Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan. Hal ini penting untuk mereka ambil berat kerana mereka merupakan pewaris Negara kelak. Kalau bukan kita sebagai pewaris Negara yang menjaga Negara kita , siapa lagi? Kesedaran mengenai semangat patriotism haruslah sentiasa menebal dan dipupuk dalam diri kita.

Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cintakan negara.



Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa. Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara.

Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu.

Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar pendidikan di sekolah terutamanya di IPT kerana ketika ini mereka sedang dalam peringkat melangkah ke alam dewasa. Bersama-sama lah kita berusaha memainkan peranan masing-masing untuk memantapkan lagi semangat cintakan Negara yang telah lama wujud dalam diri rakyat Malaysia.







Friday, August 21, 2015

8.0 : KESIMPULAN DAN PENGHARGAAN

Umum mengetahui, Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan “role model “ atau idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.

 Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku.

Namun semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan pejuang-pejuang Negara terdahulu. Berapa ramai di antara kita yang sanggup berkorban seperti mereka? Berapa ramai di antara kita yang sayangkan Negara? Berapa ramai di antara kita yang ingin menyumbang dan berbakti kepada Negara? Marilah kita menjadi salah seorang daripada golongan itu. Tidak perlu menjadi ahli politik ataupun menteri untuk menyumbang jasa kepada Negara, banyak lagi alternatif yang boleh dipilih oleh kita.

 Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.
Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan laman blog ini.
Semoga perisian yang disampaikan oleh kami bergun untuk semua. Kita juga perlu sentiasa ingat jika kita tidak menjaga Negara kita , ‘Sejarah mungkin berulang’ dan juga ‘tanpa sejarah , siapalah kita’


Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat cintakan Negara dalam diri kita untuk kesejahteraan bersama.

Setinggi-tinggi kesyukuran juga saya tujukan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, kerja kursus ini telah berjaya diusahakan dengan sedaya upaya kami. Dalam mempelajari ilmu sejarah dalam subjek Pengajian Malaysia ini, kami juga telah mempelajari cara untuk membuat blog. Selain menjimatkan masa untuk menulis dan menyiapkan kerja kursus ini, cara ini juga boleh menjimatkan kos untuk mencetak,memberi kertas,dakwat pencetak dan sebagainya.Ternyata teknologi yang ada sekarang boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara.

Dalam kerja kursus (e-folio) yang diberi oleh pensyarah kami iaitu Puan Marhayu bt Abdul Jamai, kami telah memilih untuk membuat entri di blog mengenai tokoh sejarawan kita iaitu Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan beliau dan memorial pengisytiharan kemerdekaan negara  .Semoga dengan kisah tokoh ini dapat mengajar kita untuk lebih menghargai pejuang kemerdekaan dahulu dan mempunyai lebih semangat patriotisme dalam diri setiap pembaca khususnya pelajar sendiri .


Terima kasih kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dijalankan . Ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kami kerana sedikit sebanyak membantu kami dari sokongan kewangan dan sebagainya lagi . Tidak lupa juga kepada laman sesawang atau media massa yang menjadi rujukan selama ini . Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyiapan e-folio ini.

Kesimpulannya,tajuk ini bukan sahaja dapat dijadikan iktibar kepada kita semua tetapi dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri kita semua.



Thursday, August 20, 2015

9.0 : RUJUKAN

Sepanjang proses menyiapkan kerja khusus e-folio ini , kami telah merujuk beberapa sumber . Antaranya ialah :

·         Sumber Internet

·         Sumber Lisan
 -Tunku, His Life And Times: The Authorized Biography Of Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj